Friday, June 5, 2009

PENGENALAN

Salam,

Kami adalah penternak, pemborong & pengimport lembu dari Thailand, kambing ferral & boer weather & biri-biri dari Australia. Pasaran kami adalah untuk penternak-penternak tempatan bagi belian borong. Di samping itu juga, kami ada juga menjual kepada orang perseorangan , koperat bagi melakukan ibadah Aqiqah & Qorban.


Penumpuan perniagaan kami buat ketika ini adalah:


1/.Lembu - baka KK & Brahman Kacukan - adalah bagi keperluan ibadah Qorban sahaja
2/. Kambing - baka Ferral & Boer Weather - adalah bagi keperluan ibadah Aqiqah & Qorban
3/. Biri-biri - baka Merino & Damper - adalah bagi keperluan ibadah Aqiqah & Qorban


Harga Jualan yang kami tawarkan adalah amat berpatutan mengikut harga pasaran. Bagi binatang ternakan yang diimport masuk, harga jualan amat bergantung pada tukaran mata wang asing ketika pembayaran dibuat bagi sesuatu shipment.

Oleh yang demikian, saya akan sentiasa update harga terkini bagi jualan kami.

Kami sedang memajukan perniagaan kami dan sedang dalam usaha membina kandang transit di setiap negeri bagi mengurangkan kos pengankutan penternak bagi sesuatu negeri. Dengan ini, penternak boleh mengambil binatang ternakan yang ditempah di kandang-kandang transit di negeri masing-masing. Buat masa ini, kami banyak tertumpu di Selangor sahaja. Insyaalah dalam masa terdekat, di Perak & Melaka.


Sebarang pertanyaan, bolehlah diajukan kepada : alfianhashim 019-225 2969

No comments:

Post a Comment